Wednesday, April 20, 2011

Sabar Mutiara Kehidupan Jalan Menuju Kejayaan..



SAYA ♥ SABAR  KERANA IANYA MUTIARA KEHIDUPAN

Kenyataan yang sememangnya jelas dalam Al-Quran..

Surah Al-Nahl ayat 126-127..


Yang Bermaksud :
(Terjemahan dari : www.surah.my/16)


Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (Al-Nahl Ayat 16:126).


Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (Al-Nahl Ayat 16:127).


SABAR juga membawa erti menahan diri seperti dalam surah Al-Khafi Ayat 28




Yang Bermaksud :


(Terjemahan dari : www.surah.my/18)
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.(Al-Khafi Ayat 18:28)


Muslimin dan Muslimah SABAR..


Kerana Sabar Itu Amalan Orang Yang Beriman..


Ada banyak perkara yang kita PERLU SABAR..


1.Sabar Menahan kesakitan Tubuh Badan.
2.Sabar Menahan Dari Keinginan Hawa Nafsu.
3.Sabar Menahan Dugaan Dari Yang Esa Dan BANYAK LAGI YANG KITA PERLU SABAR.


Anda Rasa Tak Sabar Itu Dalam DIRI ANDA..??

No comments:

Post a Comment